Assalamualaikum kepada semua viewers..
Thank you untuk membaca for this post..
Ok, this time around.. saya nak luahkan apa yang terpendam dari hati saya
and to tell you guyz what i have been through as well as struggle with..
It is really hard for me to write and hoping you guyz understand and learn from my mistake..
Insyallah semoga perkongsian cerita saya ini dapat memperbaiki diri anda dan juga saya...
CLICK SEE MORE DIBAWAH
Ketika kecil, rasanya dalam umur tujuh.. Saya mempunyai satu "keganjilan" dalam hidup saya.. Dan berbeza daripada kanak - kanak lelaki yang lain.. Saya mempunyai sifat2 dan perangai seperti budak perempuan.. Well as we know it as PONDAN... yelah berpakaian masih macam budak lelaki tetapi perangai di sebaliknya.. Ketika saya kecil, memang saya berterus terang saya tak suka main bola, x main sangatlah girl things. Tetapi saya masih mempunyai rakan - rakan lelaki.. But, usually saya suka main seorang2, kadang2 terfikir pula kenapa nyek?
..Seperti keluarga lain, saya dibesarkan dalam keluarga yang normal [Alhamdulilah]. Saya dibesarkan dengan bimbingan daripada Mak dan ayah.. Berbalik kepada cerita asal, kadang2 saya pun tak berapa faham kenapa saya berkelakuan seperti perempuan, cara jalan, bergaul dan sebagainya.. Padahal, bukan dibuat - buat but it comes naturally.. Masha Allah, hanya Allah SWT.. sampaikan pak cik mengelarkan diri saya "PONDAN SIAM"; dan selalu ditegur oleh ibubapa dan mak/pak saudara waktu saya berkelakuan agak "Pelik" sikit. Saya pun tak tahu ketika itu, memang naturally bukan dibuat - buat..
Then, waktu sekolah menengah, perangai/kelakuan seperti itu masih lagi ada dalam diri saya.. Saya sering diejek dengan macam2 panggilan.. Tapi pelik gak saya buat tak tahu jer.. The worst things is saya satu sekolah dengan mak saya [waktu tu tingkatan 1].. Dan waktu tu Mak saya ialah Penolong Kanan Akademik, 2nd highest teacher kat sekolah tuu.. So, kelakuan saya nie kadang2 akan direport kat ibu saya.. As usual, kena marahlah.. yelah malu laa kan ada anak macam saya nie..Yang paling sakit hati tu, saya nampak adalah cikgu berbisik sesama mereka yang saya memang "PONDAN".. Ya Allah... hanya kau sahaja tahu saya lalui dugaannya..Banyakkan bersabar..
Apabila, pindah ke sekolah lain [ke negeri lain].. waktu form 2 saya dimasukkan sekolah lain daripada mak dan setahun kemudian, saya dipindahkan sekali lagi satu sekolah dengan mak.. Kat sekolah luar bandar nie.. cikgu2 nya ada yg ok dan adanya sangat berbisa.. So, macam biasalah setiap gerak - geri saya akan diperhatikan.. Teringat ada satu masa, saya pergi ke bilik guru nak ambil barang.. Waktu tu cikgu sejarah saya sembang dengan mak pasal KRS. Bila dia ternampak saya.. dia cakap "xxx.., Tak nak masuk KRS ke?.. Kalau masuk bolehlah jadi keras sikit.." .. Amboi perrrli kat chek nampak.. Tapi yelaa sebagai pelajar yang baik mana mungkin kita nak berkurang ajar dengan cikgu kita.. Diorang pun parent kita kat sekolah.. So MALAS nak mendengar.. buat pekak jer.. Tapi yang saya risau waktu tuu kat Mak.. risau apa reaksi dia? Yang cerita lain kat sekolah menengah tuu saya tak ingat lah.. That moment saya ingat sahaja..
After SPM, saya berjaya menempatkan diri di Matrikulasi.. Alhamdulilah, kat sinilah saya belajar mengenai berdunia dengan orang.. Kita jumpa macam2 orang kat matrik dari pelusuk tanah air.. Tapi kat sinilah, sakit hati bermula.. Saya ada classmates.. awal2 kenal tu dia ok ja?.. but bila ada geng2 dia kat praktikum[kelas] tuu, dia berani panggil saya KHUNSA.. Masha Allah.. saya tak tahu kenapa? adakah kerana gerak geri saya.. Bukan tu sahaja, geng2 dia siap lagi perli saya.. Then, saya rapat seorang lagi classmate lelaki nie.. dia ok, tapi disishkan oleh classmates lelaki maybe because voice dia mcm lembut.. Actually, he is not..Buat yang mengata kepada saya, walaupun cerita sudah berlalu, but i am still remember what you guyz did to me.. Hanya Allah SWT mampu membalasnya..
Selepas Matrik, masuk universiti yang saya menetap selama 5-6 tahun nie.. I dont why? I became more sensitive than girls ever.. Sikit2 bergaduh, malas bercakap until right now.. kalau fikir2kan pun macam budak2 kecil kan?? Tapi tak tahu laa memang benda nak jadi kan.. sikit2 nak sensitive.. Maybe memang frust what happened to me before.. sikit2 nak melenting and marah.. Kadang gerak geri saya nie kadang2 macam budak perempuan.. sampai satu tahap my batch especially boyz tegur.. Alhamdulilah, nasib baik tak capai tahap teruk. Memang susah nak kawal perasaan sensitif nie..Tetapi kat U, nie kawan2 lelaki sayalah yang membimbing dan memperbaiki diri untuk menjadi seorang lelaki yang baik.. Alhamdulilah
Well waktu U, saya ingatlah saya punya makcik saya nie mai rumah saya, ada kerja katanya. Kalau depan mak saya dia x berani nak tegur tapi kat belakang mak saya.. ewah2 berani plak tegur saya nie mcm PONDAN..[Macam lah anak dia tu bagus sangat.. Minta maaf mak cik, walaupun mak cikk seorang ustazah sepatutnya tegur, sepatutnya lebih berhemah dan membimbing bukan menyakitkan hati orang yang ditegur!]. Seingat saya, lepas tu memang kurang suka dengan mak cik saya.. tak apalah, untuk menjaga silaturahim, saya cerita apa2 pun kat Mak until last year.. yela mak pun rapat dengan mak cik.. so kenalah jaga hubungan mereka.. [tapi banyak lagi dia kata kat saya.. so x mahulah cerita lebih2 takut burukkan orang pula.. burukkan orang dah dapat dosa percuma, saya hanya protes secara senyap dengan tidak hadirkan diri ke majlis perkahwinan anak - anaknya.. walaupun, ada silapya, tetapi dengan tindakan saya itu, niat saya hanyalah satu, untuk menjaga hati saya.. takut2 kena kata lagi.. Alhamdulilah Mak pun faham dengan keadaan saya]. .
Tapi untuk menjadi lebih menarik nie, lately nie, my mum nie makin hari concern dengan saya nie.. Al maklumlah saya dah berumur 25 tahun, tak ada girlfriend and so on. Yang risau sekali, dia ada kata kepada saya "Awak ni boleh ke menikah??", "Yelah rupa macam budak form 5, cara jalan tak tegap macam lembik, suara macam budak2 and bla2".. Saya hanya mampu senyap and paling lekeh pun tukar topik cepat2.. Saya paling kecil hati dengan abang saya, dia kata saya jalan macam perempuan.. Kadang2 dia impersonate cara jalan saya macam seorang perempuan. Gerak geri saya mcm tu ker??.. YA Allah.. adakah aku buat macam tu?? (T.T). Dengan kelakuan/perangai saya dulu2 nie, saya risau orang akan kata kat saya nie GAY/HOMOSEKSUAL.. Masha Allah, saya tak buat lah perkara2 seperti itu. Alhamdulilah, saya dilindungi oleh Nya daripada melakukan perkara2 maksiat.
Lama2 saya fikir, saya naik stress. Saya fikir macam nie lah " Allah SWT jadikan kita seperti itu, bukan membuatkan diri kita di hina, tapi DIA menduga seperti itu.. Hanya kita sahaja yang mampu mengubahnya".. Lagipun, bukankah kita lupa yang " Apabila Allah SWT menguji kita, bukan Allah SWT tak sayang kita. Tapi, Allah SWT mengangkat darjat kita kepada yang lebih tinggi lagi". Apapun, saya bersyukur sangat diuji oleh Allah SWT sehingga sekarang dan telah menguatkan semangat saya melalui ujian2 hidup
Kepada pembaca yang menghadapi masalah hampir dengan saya.. Tabahkanlah hati melalui dugaan dan sentiasa berdoa kepada Allah SWT. Bukan itu sahaja, perbaiki diri dan memperbanyakkan perkara2 sunat .. insya Allah. Kalau anda terlanjur, kembali lah ke jalan yang benar. Ingatlah, Allah SWT Maha penyayang..
Kepada orang2 yang mengata nie.. Janganlah mengutuk dan jauhi mereka. Mereka pun manusia biasa, tetapi mereka ini sedang diuji dengan "keistimewaan" daripada Allah SWT. Jadilah muslim yang sejati seperti sahabat2 saya, nasihatlah mereka dengan penuh berhemah dan bimbinglah mereka.. Insya Allah, Allah akan membalas budi baik kepada anda..
Sekian,
Drpi
Drpi
Next week, nak share apa plak dengan korang..
No comments:
Post a Comment